it's me

Tuesday, 23 August 2011

Doa ketika putus cinta


Haloo!dan Asslaamualaikum..

1st..tujuan aku wat nota ni khas utk membantu anda2 di luar sana yg masih kekusutan,kekacauan,keserabutan mcm2 'ke' lg dengan permasalahan utama muda-mudi zaman skrg iaitu masalah CINTA..iye..aku faham perasaan anda sume yg mungkin dh korbankan segalanya dan mengharapkan sepenuhnye kebahagiaan korg berkekalan,tp hubungan korg tetap kecundang di tengah jalan...aku faham..sbb aku sndri sedang mengalaminya..jd..ape salahnye jika kita berkongsi ilmu dgn org yg memerlukan..kan??


CINTA SEJATI..itu la yg korg semaikan di dalam hati korg utk si dia..tetapi..kite hanya merancang.ALLAH jua yg menentukan segalanya..jgn terlalu cepat berputus asa dan menutup pintu hati korg utk sesiapa lg..sbb kat luar sane masih ramai yg akan menghargai  korg..cume masenye uk pertemuan 'kamu dan dia' masih belum kesampaian..jadi bersabarlah dan hadapi sume ini dgn tabah..sesugguhnya jika benar dia adalah jodoh korg..pasti x kemana..yg penting skang korg perlu lupekan die demi kebahagiaan die dan dri korg sndri..cinta itu x boleh dipaksa...


Korg mungkin dah berusaha..tp usaha yg disertakan doa lebih mujarab..bak kate cikgu2 time kiter skool dlu..mesti ada D.U.I.T(doa,usaha,ikhtiar dan tawakal)..skang korg cume perlu ikut panduan pade gambar yg terdapat pada note ni..dan amalkan setiap 3 kali bacaan selepas solat subuh n maghrib..



"Jika benar kamu sygkan dia..maka lepaskannya..jika dia kembali padamu..maka dia adalah milikmu..jika tidak..dia  bukan milikmu.."

"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untukmendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..."

‎"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati..."

SELAMAT MENCUBA!! InsyaAllah..korg boleh..jgn bersedih lg..teruskan hidup dgn maju kehadapan tanpa segala bebanan minda dan psikologi...-_-
amin..=)

Tuesday, 21 June 2011

cinta wanita dgn sepenuh hati..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Followers